Jun: Microsoft Word – Kad Raya

Laporan Aktiviti | 3 June 2019

Tarikh : 2 Jun 2019

Hari : Ahad

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 3 Orang

Tujuan : Memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan kad raya sendiri menggunakan Microsoft Word supaya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan juga dapat menjimatkan duit.

Aktiviti : Tugasan pertama para pelajar ialah mencari gambar latarbelakang yang menarik atau bertemakan hari raya. Para pelajar yang masih belum mahir menggunakan Microsoft Word dibantu oleh petugas untuk meletakkan gambar mereka di dalam Microsoft Word. Setelah selesai semua hasil kad raya dipaparkan di facebook Pusat Internet Taman Rishah Permai.

Gambar Aktiviti