Tarikh : 28 Januari 2019 Hari : Isnin Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Taman Rishah Permai Peserta : 9 Orang |
Tujuan : Aktiviti Kahoot berjudul Klik Dengan Bijak supaya ahli-ahli komuniti lebih berwaspada dan mengetahui langkah-langkah untuk menggunakan komputer dan internet dengan selamat.
Aktiviti : Ahli komuniti perlu memasuki halaman Kahoot untuk memasukkan nombor kuiz yang telah dipilih. Kuiz dijalankan dengan meriah dan semangat bersaing secara sihat dapat dilihat semasa kuiz sedang berjalan. Pemenang mendapat saguhati dari petugas pusat internet.