Tarikh : 12 Februari 2019 Hari : Selasa Masa : 10.30 pagi – 12.30 t/hari Lokasi : Kolej Tingkatan 6 Seri Putera Peserta : Guru Kolej Tingkatan 6 Seri Putera |
Tujuan : Memberi pendedahan kepada para guru Kolej Tingkatan 6 Seri Putera tentang aplikasi Microsoft excel dan fungsi-fungsi kegunaannya seperti yang ingin dipelajari oleh guru-guru Kolej Tingkatan 6 Seri Putera.
Aktiviti : Kelas dimulakan dengan penerangan dari petugas tentang aplikasi Microsoft excel kepada guru-guru yang menyertai kelas Microsoft excel pada pagi ini. Dimulai dengan penerangan antaramuka aplikasi sehingga ke formula dan graf. Kelas disudahi dengan latihan.