Tarikh : 17 Julai 2025 |
Tujuan: eTuisyen yang diberi nama Kelas DiLea ini memberi peluang kepada para pelajar yang merupakan ahli NADI untuk mengikuti kelas secara percuma bagi meningkatkan penguasaan dalam setiap mata pelajaran yang ditawarkan.
Aktiviti: Peserta diajar oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran masing-masing. Sepanjang kelas, mereka turut diberi tugasan dan kuiz bagi mengukur tahap pemahaman terhadap topik-topik yang diajar.