Jun: Microsoft Word – Kad Raya
|
Tarikh : 2 Jun 2019 Hari : Ahad Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Lokasi : PI Taman Rishah Permai, Buntong Peserta : 3 Orang |
Tujuan : Memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan kad raya sendiri menggunakan Microsoft Word supaya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan juga dapat menjimatkan duit.
Aktiviti : Tugasan pertama para pelajar ialah mencari gambar latarbelakang yang menarik atau bertemakan hari raya. Para pelajar yang masih belum mahir menggunakan Microsoft Word dibantu oleh petugas untuk meletakkan gambar mereka di dalam Microsoft Word. Setelah selesai semua hasil kad raya dipaparkan di facebook Pusat Internet Taman Rishah Permai.