Tarikh : 18 April 2019 Hari : Khamis Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : PI Taman Rishah Permai, Buntong Peserta : 15 orang pelajar Tabika Perpaduan Falim & Ibu Bapa |
Tujuan : Memberi pendedahan asas komputer dan pendedahan pembelajaran interaktif kepada pelajar Tabika Perpaduan Falim sambil ditemani guru dan ibu bapa mereka.
Aktiviti : Petugas memberi peluang kepada para pelajar Tabika untuk menggunakan peralatan di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Mereka belajar menyentuh dan menggunakan smart TV. Di samping itu, pelbagai aktiviti dijalankan menggunakan laman sesawang di dalam talian. Di akhir lawatan para pelajar Tabika , guru dan para ibu bapa yang terlibat berasa sangat berpuas hati dengan hasil lawatan sambil belajar pada hari ini.